Pertumbuhan eksponen ialah cara khusus kuantiti dapat meningkat dari masa ke masa. Ita berlaku apabila
kadar perubahan serta-merta (iaitu,
terbitan) kuntiti berhubung dengan masa
berkadar dengan kuantiti dirinya. Dihuraikan sebagai
fungsi, kuantiti yang mengalami pertumbuhan eksponen ialah
fungsi eksponen masa, iaitu, pemboleh ubah yang mewakili masa ialah eksponen (berbeza dengan jenis pertumbuhan yang lain, seperti
pertumbuhan kuadratik). Jika pemalar kekadaran adalah negatif, maka kuantiti menurun dari masa ke masa, dan dikatakan mengalami
pereputan eksponen sebagai ganti. Dalam kes
domain diskret takrifan dengan selang yang sama, ia juga dipanggil
pertumbuhan geometri atau
pereputan geometeri sejak nilai fungsi membentuk
janjang geometri.Rumus bagi pertumbuhan eksponen suatu pemboleh ubah x pada kadar pertumbuhan r, sementara masa t berjalan dalam selang diskret (iaitu, pada masa integer 0, 1, 2, 3, ...), adalahdi mana x0 ialah nilai x pada masa 0. Pertumbuhan suatu
koloni bakteria selalu digunakan untuk menunjuknya. Satu bakterium terbelah kepada dua, setiap kali terbelah mengakibatkan empat, kemudian lapan, 16, 32, dan seterusnya. Kadar peningkatan terus meningkat kerana ia berkadar dengan bilangan bakteria yang sentiasa meningkat. Pertumbuhan seperti ini diperhati dalam aktiviti atau fenomena hidup, seperti penyebaran jangkitan virus, pertumbuhan hutang disebabkan
faedah kompaun, dan penyebaran
video tular. Dalam kes sebenar, pertumbuhan eksponen awal selalu tidak berakhir selama-lamanya, memperlahankan diri disebabkan had atas disebabkan oleh faktor luar dan menukar kepada
pertumbuhan logistik.